Sebelum menentukan apakah zakat profesi disyariatkan atau tidak oleh Islam, terlebih dahulu harus dipahami bahawa zakat adalah ibadah yang telah ditetapkan tata caranya oleh syara', baik yang berhubungan dengan syarat-syaratnya, pihak yang wajib menunaikan serta yang berhak menerima, jenis benda yang wajib dizakati, kadar, dan cara-cara pendistribusiannya. Syariat Islam telah menetapkan jenis-jenis binatang yang wajib dizakati, misalnya sapi, kambing, domba, dan unta. Tidak ada zakat untuk haiwan (burung, dan ayam), udang dan sebagainya; meskipun dipelihara dalam jumlah yang besar. Syariat juga telah menetapkan jenis-jenis tanaman yang wajib dizakati. Tidak ada zakat untuk fakihah (buah-buahan), sayur-mayur, terung, lobak dan lain sebagainya ( Dr. Wahbah az-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami Adillatuh).
Akan tetapi, jika haiwan / hewan , buah-buahan dan sayur-mayur tersebut dijadikan komoditi perdagangan, maka penjual wajib membayar zakatnya. Akan tetapi, zakat yang dikeluarkannya bukan dari zakat ternak atau zakat sayur-mayur dan buah-buahan, akan tetapi zakat perdagangan. Tidak ada zakat bagi kereta /mobil mahupun bangunan. Namun, jika kereta dan bangunan itu dijadikan barang dagang, maka keduanya wajib dizakati. Sebab, kedua barang tersebut telah dijadikan komoditi perdagangan, sehingga berlaku zakat perdagangan.
Untuk itu, para 'ulama terdahulu beristinbath, bahawa jika tidak ada nas sharih yang menyatakan benda ini, haiwan ini, atau tumbuhan ini wajib dizakati, mereka tidak menzakati benda, tumbuhan, mahupun haiwan tersebut. Dengan kata lain, tidak ada zakat pada jenis benda yang tidak ditetapkan oleh syariat. Jika seseorang menetapkan bahawa benda ini, tumbuhan ini, atau haiwan ini harus dizakati, sedangkan syara' tidak menetapkannya, sungguh ia telah mensejajarkan dirinya dengan Sang Pembuat Hukum (syâri') itu sendiri.
Demikian pula mengenai zakat profesi. Sesungguhnya, Islam tidak pernah mensyariatkan zakat profesi . Ini boleh kita lihat dari kenyataan, bahawa para fuqaha dan ahli tahqiq ternama, tidak pernah membahas masalah ini ( zakat profesi ) dalam kitab-kitab fiqh mereka. Padahal, pada saat itu, profesi pegawai negara, misalnya qadhi, pencatat, doktor dan sebagainya sudah ada, baik sejak zaman sahabat hingga masa tabi'în. Namun, tidak ada satupun dalil yang menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menarik zakat berdasarkan profesi mereka, misalnya profesi petani, nelayan, doktor dan sebagainya. Bahkan, sikap generasi awal-awal Islam menolak pemungutan zakat jika jenisnya tidak ditentukan oleh nas syara'. Mereka juga tidak pernah berdalil dengan alasan keadilan dan kesetaraan, apalagi berdalil bahawa hasil dari haiwan ini atau tumbuhan ini atau profesi ini lebih besar, sehingga tidak adil jika tidak ada zakatnya. Sebab, alasan-alasan semacam ini hanya lahir dari hawa nafsu, bukan dari akal yang dibimbing oleh syariat Islam. Perhatikan riwayat-riwayat berikut:
1. Dalam sebuah hadis riwayat Daruquthni dituturkan, bahawasanya 'Abdullah bin Musghirah bermaksud memungut zakat dari hasil tanah Musa bin Thalhah berupa sayur-sayuran. Musa bin Thalhah berkata, "Kamu tidak boleh memungutnya, kerana Rasulullah SAW tidak pernah mengatakan bahawa tidak wajib zakat pada sayur-sayuran." [HR. Daruquthni dan al-Hakim, hadis mursal dan kuat].
2. Atsram meriwayatkan, bahawa seorang pejabat pada masa Umar mengirim surat kepadanya tentang kurma, dimana dinyatakan oleh pejabat itu bahawa buah persik dan delima lebih banyak dan berlipat ganda hasilnya daripada buah kurma. Umar membalas surat itu, bahawa tidak dipungut zakat dari padanya, sebab, itu termasuk pohon berduri (Sayyid Sabbiq, Fiqh Sunnah, bab zakat).
Dari riwayat-riwayat ini boleh diketahui, bahawa para sahabat tidak pernah memungut zakat dari sesuatu yang tidak ditentukan nasnya secara jelas, meskipun hasilnya berlimpah ruah atau berlipat ganda. Ayam yang dipelihara dalam jumlah ribuan bahkan jutaan, tidak boleh dipungut zakatnya. Sebaliknya, kambing yang jumlahnya 50 ekor harus diambil zakatnya.
Adapun dalil yang digunakan oleh pihak yang mewajibkan zakat profesi adalah :
1. Berhujjah dengan apa yang disebut dengan mâl al-mustafâd. Mereka menyatakan bahawa terhadap mâl al-mustafâd harus dizakati sebesar 1/40 begitu diterima. Mereka juga menyandarkan pada pendapat-pendapat para sahabat, semisal Ibnu 'Abbas, Ibnu Mas'ud, dan Mu'awiyah; sebahagian tabi'in misalnya al-Zuhri, al-Hasan, Makhul, dan al-Bashri.
2. Mereka juga mengqiyaskan zakat profesi dengan zakat wang dan harta, bahkan ada pula yang mengkaitkan dengan zakat hasil pertanian. Mereka beralasan, jika petani saja harus mengeluarkan zakat ketika tuai, sedangkan hasilnya tidak seberapa dibanding profesi seorang doktor, dan lain-lain, maka betapa tidak adilnya jika zakat profesi tidak disyariatkan.
Kritik Atas Zakat Profesi
A. Pendapat Sahabat Bukanlah Dalil Syara'
Pada dasarnya riwayat-riwayat yang berbicara tentang mâl al-mustafâd, semuanya berstatus hadis mauquf, yakni hanya bersambung pada thabaqat sahabat belaka. Dalam konteks seperti ini, maka hadis-hadis tersebut tidak boleh dijadikan hujjah untuk membenarkan adanya zakat profesi, sebab ia didasarkan pada pendapat para sahabat. Pendapat sahabat bukanlah dalil syara', dan tidak absah digunakan sebagai hujjah (Taqiyuddin an-Nabhani, al-Syakhshiyyah al-Islâmiyyah, juz III, hal. 478). Imam Syafi'iy menolak berhujjah dengan pendapat para sahabat. Beliau berkata, "Tidak diperkenankan memberi hukum atau berfatwa melainkan berdasarkan berita yang benar yang berasal dari al-Qur'an dan as-Sunnah." (Dr. Abdul Wahab Khalaf, 'Ilm al-Ushûl al-Fiqh).
B. Seandainya status hadis tentang mâl al-mustafâd tidak perlu dipersoalkan, maka mâl al-mustafâd yang tersebut di dalam hadis-hadis tersebut tidak seketika diambil zakatnya ketika diterima, akan tetapi berbicara pada konteks yang lain; yakni ketika telah sampai nisab dan haul. Adapun hadis yang digunakan hujjah dalam masalah mâl al-mustafâd adalah sebagai berikut :
Pertama, Hubairah bin Yaryam berkata, "'Abdullah bin Mas'ud telah memberi kami sebuah baju, kemudian ia mengambil zakat dari baju itu." (Abu 'Ubaid, al-Amwâl, hal.504).
Kedua, dari Yazid dari Hisyam bin Hisaan dari 'Ikrimah, dari Ibnu 'Abbas, dituturkan bahawasanya 'Ikrimah bertanya kepada Ibnu 'Abbas tentang seorang laki-laki yang memperoleh harta (mâl al-mustafâd). Ibnu 'Abbas berkata, "Ia harus mengeluarkan zakat saat ia menerimanya."
Terhadap hadis yang pertama, Abu 'Ubaid dalam kitab al-Amwâl menyatakan, "Menurut saya, berdasarkan hadis riwayat dari Abu Bakar dan 'Utsman, maka maksud dari riwayat 'Abdullah bin Mas'ud ini adalah keduanya memungut zakat tatkala harta tersebut telah wajib dizakati sebelum pemberian, bukan tatkala seseorang itu menerima pemberiannya."
Pengertian semacam ini ditunjukkan oleh hadis lain yang diriwayatkan oleh 'Abdullah bin Mas'ud sendiri: "Siapa saja yang menerima harta (mâl al-mustafâd) maka tidak ada zakat di dalamnya hingga mencapai haul." (Imam Dzahabi mengomentari hadis ini, bahawa di dalam isnadnya terdapat Khusaif bin 'Abdurrahman al-Jazari al-Harani Abu 'Aun salah seorang mawali Bani Umayyah; dan ia dilemahkan oleh Imam Ahmad. Namun, Ibnu Mu'in berkata ia adalah laki-laki yang baik dan terpercaya).
Adapun hadis yang kedua, 'Abu 'Ubaid berkomentar sebagai berikut, "Orang menafsirkan -atau sebahagian orang- bahawa yang dimaksud oleh Ibnu 'Abbas adalah harta emas dan perak. Menurut saya, maksud dari perkataan Ibnu 'Abbas di atas tidaklah demikian. Saya adalah orang yang lebih faqih dibandingkan mereka (orang yang menafsirkan dengan emas dan perak). Sebab, penafsiran semacam itu bertentangan dengan pendapat umat Islam. Menurut saya, bahawa yang dimaksud oleh Ibnu 'Abbas adalah zakat atas apa yang keluar dari tanah. Sebab, penduduk Madinah menamakan tanah-tanah mereka dengan harta (al-amwâal). Kami tidak menjumpai satupun hadis di dalam sunnah yang menyatakan bahawa harta wajib dizakati ketika dizakati, kecuali apa yang keluar dari tanah. Seandainya maksud dari perkataan Ibnu 'Abbas tidaklah demikian, sungguh saya tidak tahu apa maksud dari hadisnya." (Pentahqiq kitab al-Amwâl, Muhammad Khalil al-Harâs menyanggah pendapat Abu 'Ubaid ini dan menyatakan bahawa yang dimaksud oleh Ibnu 'Abbas adalah harta tersebut tumbuh sedikit-demi sedikit. Jika ia telah mencapai haul dan terpenuhi nisabnya, maka harta tersebut harus dikeluarkan zakatnya tatkala telah mencapai nisab).
Pentahqiq kitab al-Amwâl, Muhammad Khalil al-Harâs, dalam cacatan kaki, menyatakan, "Hadis ini (hadis riwayat Ibnu 'Abbas/hadis kedua) diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, maknanya adalah jika harta tersebut telah mencapai nisab, maka ia harus dikeluarkan zakatnya dan tidak harus menungguh tercapainya haul, kemudian baru dikeluarkan zakatnya)."
Dari komentar Abu 'Ubaid di atas boleh disimpulkan, bahawa mâl al-mustafâd yang termaktub dalam riwayat Ibnu 'Abbas, Ibnu Mas'ud, dan lain-lainnya, tidak serta merta ditarik zakatnya ketika diterima, akan tetapi baru ditarik ketika telah mencapai nisab dan haul.
Abu 'Ubaid dalam kitab al-Amwâl menuturkan beberapa riwayat tentang al-mâl al-mustafâd yang selalu dikaitkan dengan haul.
Ashim bin Dlamrah dari Ali ra, bahawanya ia berkata, "Tidak ada zakat bagi al-mâl al-mustafâd hingga ia mencapai haul (tersimpan selama satu tahun)." [HR. Abu Dawud, Imam Ahmad, dan al-Baihaqi].
Hadis serupa juga diriwayatkan oleh Nafi' dari Ibnu 'Umar [HR. Daruquthni dan Ibnu Abi Syaibah]. Riwayat senada juga dituturkan oleh al-Qatadah dari Jabir bin Zaid dari Ibnu 'Umar (Abu 'Ubaid, al-Amwâl, hal.503-504).
Muhammad bin 'Uqbah berkata, "Saya bertanya kepada Qasim bin Muhammad tentang zakat. Ia berkata, 'Adapun Abu Bakar, jika seorang laki-laki hendak mengambil pemberiannya, ia bertanya, apakah orang tersebut memiliki harta yang layak untuk dizakati. Jika orang itu menyatakan bahawa ia memiliki harta yang layak untuk dizakati, maka Abu Bakar balas mengambil sebahagian harta yang hendak ia ambilnya. Jika laki-laki itu menyatakan bahawa ia tidak memiliki harta yang layak untuk dizakati, maka Abu Bakar menyerahkan pemberiannya kepada laki-laki itu'."
Riwayat senada juga diketengahkan oleh Muhammad bin Abu Bakar. Dalam riwayat lain dituturkan, bahawasanya Ibnu Abi Salamah meriwayatkan dari 'Umar bin Husain dari 'Aisyah anak perempuan dari Qudamah bin Madzmuun, perempuan itu berkata, "'Ustman bin 'Affan jika mengeluarkan pemberian, ia mengirimnya kepada bapakku. Kemudian ia berkata, 'Jika kamu memiliki harta yang wajib dizakati, maka kami akan membuat perhitungan dari pemberianmu'."
Ini menunjukkan bahawa, pembahasan mâl al-mustafâd, terkategori dalam zakat mâl (emas dan perak) yang mensyaratkan adanya nisab dan haul. Para 'ulama sepakat bahawa haul menjadi syarat bagi zakat mâl.
Berbeda dengan zakat profesi yang dikenalkan oleh Yusuf Qaradhawi. Sesungguhnya ia telah memasukkan zakat profesi dalam kategori mâl al-mustafâd, dan menariknya begitu diterima; boleh bulanan, harian, mingguan, tergantung diterimanya harta tersebut. Menurutnya, gaji doktor dan sebagainya terkategori mâl al-mustafâd. Oleh kerana itu, ia harus ditarik zakatnya begitu diterima, yakni 1/40-nya. Sesungguhnya, pendapat semacam ini adalah pendapat ganjil yang tidak pernah dikenal oleh 'ulama-'ulama masa awal Islam. Bahkan, maksud dari mâl al-mustafâd yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas dan Ibnu Mas'ud sama sekali berbeda dengan zakat profesi yang diketengahkan oleh Yusuf Qaradhawi.
Benar ada beberapa harta yang diperselisihkan para ulama mengenai syarat haulnya. Ada harta-harta tertentu yang penarikan zakatnya dilakukan begitu diterima, tanpa harus menunggu haul. Namun ada pula, yang harus menunggu hingga mencapai nisab dan haul. Contoh harta yang tidak mensyaratkan adanya haul adalah zakat pertanian, rikaz dan barang temuan. Namun, ini tidak bererti, bahawa kebolehan zakat profesi -tanpa syarat haul- harus diakui kerana ulama berselisih pendapat tentang syarat haul. Tidak boleh dinyatakan demikian. Sebab, tidak ada satupun dalil yang menunjukkan bahawa untuk mâl al-mustafâd langsung boleh ditarik ketika diterima, akan tetapi harus menunggu haul dan nisab -kami telah memaparkan seluruh dalil tentang mâl al-mustafâd yang dikaitkan dengan nisab dan haul.
Adapun riwayat-riwayat lain yang menyanggah pendapat Qaradhawi adalah sebagai berikut:
Dari Mukhâriq, dituturkan bahawa Thâriq telah berkata, "Pada masa 'Umar harta pemberian-pemberian kami tidak dikeluarkan zakatnya hingga kami mengeluarkan zakatnya."
Abu 'Ubaid berkata, "Hadis ini menunjukkan bahawa zakat tidak diambil dari pemberian kecuali harta yang telah dimiliki oleh mereka. Seandainya pemberian itu harus dizakati, tentunya 'Umar akan mengambil zakat darinya." (Abu 'Ubaid, al-Amwâl, hal. 505).
C. Jika tidak ada dalil yang menunjukkan dengan sharih tentang wajibnya zakat profesi , maka seorang muslim tidak boleh menetapkan adanya zakat profesi . Seorang muslim tidak boleh berpandangan, bahawa tidak disyariatkannya zakat profesi adalah bentuk ketidakadilan dan kezaliman. Sebab, petani yang pendapatannya tidak seberapa tetap dikenai zakat ketika tuai, sedangkan doktor dan profesi lain "yang tidak terlalu berat" dibandingkan profesi petani justeru tidak ditarik zakatnya. Mungkin kita boleh memberikan ilustrasi yang serupa untuk menangkis syubhat ini. Rasulullah SAW telah menarik zakat dari unta, sapi, kerbau, kambing dan domba; namun beliau tidak menarik zakat pada kuda, keldai, baghal, dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda, "Telah maafkan bagimu mengenai kuda dan hamba sahaya, dan tidak wajib zakat pada keduanya." [HR. Ahmad dan Abu Dawud]. Tentunya kita tidak mungkin berfikiran, "mengapa penternak domba ditarik zakatnya sedangkan penternak kuda atau keldai tidak ditarik, bukankah ini tidak adil?" Jika kita berfikiran seperti ini, bererti kita telah meragui keadilan hukum yang telah digariskan oleh Allah dan RasulNya.
D. Adapun pengqiyasan antara zakat profesi dengan zakat hasil pertanian, mahupun zakat mal, adalah tertolak. Sebab, tidak ada 'illat dalam zakat hasil pertanian, sehingga layak untuk diqiyaskan pada profesi selain petani. Adapun mengenai 'illat adanya keadilan dan kesetaraan, sesungguhnya 'illat semacam ini tidak bernilai sama sekali untuk membangun hujjah. Sebab, 'illat yang absah digunakan untuk qiyas adalah 'illat syar'iyyah, bukan 'illat 'aqliyyah. Padahal, tidak ada satupun dalil yang menunjukkan bahawa 'illat zakat adalah untuk kesetaraan dan keadilan. Selain itu, zakat hasil pertanian tidak boleh diqiyaskan dengan zakat profesi kerana petani harus mengeluarkan zakat tatkala ia memanennya. Pendukung zakat profesi menyatakan, bahawa saat tuai sama dengan saat gajian, jadi seorang doktor ketika gajian harus ditarik zakatnya juga. Sesungguhnya qiyas semacam ini adalah qiyas serampangan yang didasarkan pada hawa nafsu belaka. Sesungguhnya, nas yang berbicara tentang zakat hasil pertanian tidak mengandung 'illat sama sekali, sehingga layak digunakan dalil untuk qiyas. Perhatikan firman Allah SWT, "Keluarkanlah zakat biji makanan itu pada hari tuainya." (Qs. al-An'âm [6]: 141). Nas ini berbicara pada konteks khusus, yakni zakat biji makanan, dan tidak berbicara pada aspek yang lain. Oleh kerana itu, hukumnya hanya berlaku pada konteks biji makanan, dan tidak boleh dianalogkan dengan yang lain. Selain itu, nas ini tidak menunjukkan adanya 'illat sama sekali. Padahal syarat utama qiyas adalah adanya 'illat. Lantas, apa boleh kita mengqiyaskan sesuatu yang tidak ada 'illatnya?
Dengan demikian, zakat profesi adalah bentuk peribadatan baru yang tidak pernah dikenal baik di zaman Rasulullah, sahabat, mahupun ulama-ulama terkenal. Bahkan, mereka tidak pernah menyentuh masalah ini dalam kitab-kitab fiqh mereka. Ini menunjukkan bahawa zakat profesi tidak pernah disyariatkan di dalam Islam. Jika demikian, kita boleh menyimpulkan bahawa zakat profesi harus ditolak demi menegakkan hujjah dan kebenaran.
Baca Selengkapnya..